Friday 8 January 2016

review buku : MOMEN2 MAT LUTHFI

hujung tahun 2015, aku beli buku mat luthfi lagi. tajuk momen2 mat luthfi. masa aku beli buku ni aku tengah kalut nak preksa final semester. tapi sebab aku stress byk tanggungjawab kat tempat keje tambah pulak tanggungjawab sebagai pelajar aku jadi serabut.

jadi aku cari jalan keluar - ke kedai buku : syurga jiwa bagi aku - 
freeze the moment. for a while. biar minda aku ni buat kerja bukan kerana terpaksa.biar kerana suka. haha. mengada.

jadi aku beli buku ni. sebab aku rasa aku perlu dos humor. antidot stress aku.

tajuk : MOMEN2 MAT LUTHFI
penulis : MAT LUTHFI
penerbit : PUTEH PRESS


Berbanding dengan buku yang tajuk Catatan Mat Luthfi sebelum ini, buku ni setiap catatannya lebih panjang. Seperti Mat Luthfi tengah bercerita pengalaman dia. Dalam buku yang sebelum ni, Mat cuma buat catatan ringkas, tapi kali ni beliau buat catatan dengan lebih detail sikit.

Masih merupakan bahan bacaan dengan unsur humor. Cerita pasal kucing dia tu dah buat aku tergelak. Tambah pulak cerita orang mabuk beli murtabak. Memang sarkastik yang kelakar. Tapi, nilai moral yang cuba disampaikan tu...priceless.

Di MPH Nu Sentral harga buku ni rm25.00. Aku rasa masa pesta buku nanti mesti harga dia ada diskaun. hehe. 

But if you're a fan of this young man and his writings, you just need to have this book. 

No comments:

Post a Comment